04 March, 2008

Let's Men"Candat " - Squid Jigging

Let's Men"Candat " !! (Squid Jigging)
Marang, Kuala Terengganu

25 - 27 April 2008

25 April 2008
09.30 pm : Berkumpul di Takaful Nasional
10.00 pm : Bertolak ke Marang


26 April 2008
06.00 am : Berenti di semejid Terapung.. Solat Subuh dan membersihkan diri.
08.00 am : Breakfast (provided)
10.00 am : Shopping di Pasar Payang dan beli Keropok di Losong
01.00 pm : Lunch (OWN Expenses)
02.00 pm : Sambung Jalan2 kat Bandar Terangganu….. make sure pukul 2.30 kowang
sampai balik ke Bas utk memastikan tak tertinggal.
03.00pm : Berkumpul di jeti dan pemecahan mengikut kumpulan dan bot. hehehhe. Time
nih kena kowtim sesiap camana pembahagian sutun tuh nak buat.. jgn satgi ada yg bergaduh plak. Setiap kumpulan akan diberikan perkakasan memasak yg asas sahaja untuk menggoreng sutun kat dalam bot tuh nanti.. kalau nak masak lebih2 kena prepare sendiri… dapur disediakan.
04.00 pm : Menaiki Boat - Mencandat Kiteeeee
* Kita akan mencandat sampai keluar muntah
* Sila bawak pil mabuk laut yang mencukupi
* Alatan untuk mencandat disediakan, sapa nak memancing bawak sendiri
* 12 orang utk satu boat
* Hasil tangkapan, sapa dpt dia punya, sapa yang tak dapat
boleh ler beli dari kengkawan yang dpt tangkap banyak. Nak kongsi2, korang pakat2 ler sesama korang. Semua org leh bawak tong memasing.
* Makanan atas boat tidak disediakan. Sapa yang lapar leh ler goreng sutun yg korang tangkap tu. Alatan kami sediakan.

27 April 2008
08.00 am : Singgah di Pulau Kapas utk bercanda di pasiran pantai
* Breakfast (provided).
Pas tu kita mandi2, ambik2 gambar pastu naik semula atas boat.
11.00 am : Sampai ke Jeti Marang, punggah sotong turun dari Boat
12.00 pm : Bergerak pulang ke KL
02.00 pm : Kita berenti makan tengahari (OWN Expenses) di Kemaman atau pun
Kuantan bergantung pada perut memasing.



Semua ini hanya RM219.00 sahaja.
Inclusive :* 2 Breakfast* Fishing boat* Insurance*Return transfer (KL - Kuala Terengganu-Marang - KL)* Guide* Squid catching gear
For more info on Candat Sotong, you may visit
* Best time for squid jigging are from Apr - Jul
Contact me at Mustika1974@yahoo.com

12 February, 2008

MULANYA DI SINI

Di sini tempat bermulanya kami
Di sini tercetusnya revolusi
Di sini kami mula mengenali
Di sini kami mula mengerti
Erti keindahan yang hakiki
Di Xtreme Team kami pasti


For her hard work and dedication, please give her, our dear Shaz a big round of applause. Without her help it would be impossible to bring back Xtreme Team to where it is today. We had our glory days, we sunk and now we are back to the surface.

Xtreme Team will be facing more challenging years, pebbly roads in order to build up and maintaining our name once again. But we believed with the help of other team members we would be able to succeed.


2008 akan membawa satu perubahan yang besar di dalam Xtreme Team. Satu masa dahulu nama Xtreme Team hampir-hampir terkubur. Ini semua terjadi kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan kami untuk bergerak aktif. Tapi, Insyaallah di bawah panji-panji naungan Shaz, Xtreme Team pasti akan melangkah lebih gah lagi.

Menyorot kembali sejarah penubuhan Xtreme Team (saya sekadar ingin mengimbas kembali cerita lama kami) XT-PTI mula ditubuhkan pada penghujung tahun 2002. Cabaran pertama kami adalah untuk mengumpul dana bagi membeli keperluan perkhemahan. Sambutan tahun baru 2003 kami sambut dengn laungan “AIR! AIR! BURGER! BURGER! membuktikan kesungguhan kami dalam menubuhkan Xtreme Team. Dengan duit dari jualan minuman & makanan kami pada malam tahun baru menjadi titik tolak kejayaan kami.

Tugasan pertama kami adalah membawa 60 orang peserta ke Taman Negara Pahang – Lata Berkoh. Dari situ kami tidak lagi menoleh ke belakang. Airmata yang mengalir pada saat-saat akhir kerana masalah teknikal tidak melemahkan semangat kami tapi menjadikan kami semakin kuat. Masih saya ingat saya dan Shaz termenung menangis kerana masalah bas yang tidak dapat membawa peserta kami pada saat-saat akhir ekspedisi. Alhamdullillah, walaupun kami terlewat dari jadual asal, peserta sampai juga ke destinasi.

Antara Ekpedisi kami yang kami banggakan adalah ketika kami ke Endau Rompin Kg Peta. Peserta kami pula terdiri dari pelbagai kelompok. Dari yang bertaraf Partner, Regional Manager, Assistant Manager, Senior Engineer sehinggalah ke kerani biasa. Semua kami satukan di dalam satu kumpulan tanpa membezakan taraf pekerjaan mahupun pendidikan. Perjalanan yang cukup mencabar minda, ketahanan badan dan jati diri. Kami berjaya sampai ke Buaya Sangkut walaupun terpaksa pulang ke base camp dalam keadaan gelap, berlampukan cahaya bulan. Walaupun terpaksa menahan lapar di perut, keletihan badan dan pacat yang penuh di kaki. Dan itulah yang membina kekuatan diri kami.

Jika kami boleh berbangga kerana sampai ke Buaya Sangkut, ada rakan-rakan yang lebih bangga kerana berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Tahan. Ekpedisi Tahan yang diketuai oleh Mat Ucop dan Bro Chon Petronas telah melakar satu lagi sejarah buat kami di Xtreme Team. Kejayaan ini juga di akui oleh majalah terkenal LIBUR yang telah menerbitkan ringkasan catatan Bro Chon & semua peserta yang menyertai ekspedisi Gunung Tahan. Masih terbayang wajah Mat Ucop yang terpampang di halaman utama majalah LIBUR, tersenyum kepuasan kerana berjaya melakar kejayaan peribadi dan juga kejayaan buat Xtreme Team.

Dari timur kami ke utara pula. Ekpedisi ke Hutan Belum kami cukup meninggalkan kenangan bagi semua. Satu ekpedisi yang penuh dengan suspens dan aksi-aksi cemas dan juga melucukan. Dimana kumpulan kami telah di ambush oleh sekumpulan gajah, meredah hutan dengan perpandukan bulan, cacat sebesar ibu jari penuh di kaki, tangan, mulut dan juga badan. Kami hampir-hampir cemas apabila menyedari yang satu kumpulan telah tersasar jauh dari trek asal. Mujurlah ahli kumpulan tersebut membawa walkie talkie bersama jika tidak, kami tidak pasti apa yang akan terjadi pada mereka. Di penghujung ekspedisi kami di hiburkan dengan tarian sewang dan jamuan makan ubi kayu bakar & ikan dalam buluh yang di sediakan khas oleh orang asli di sana.

Tidak cukup dengan destinasi di Malaysia, Xtreme Team mengorak langkah memanjangkan jarak perjalanan kami ke Gunung Berapi Bromo di Indonesia. Pasukan yang diketuai oleh Tiger telah berjaya sampai ke Gunung Berapi Bromo. Dari sana mereka ke Surabaya dan seterusnya ke Bali. Perjalanan ini merupakan bench mark bagi kejayaan-kejayaan kami yang lain. Dan laluan ke Gunung Berapi Bromo kami lalui sebanyak dua kali. Kerana tertarik dengan keindahan bumi ciptaan Allah kami ke Bromo buat kali ke dua.

Berkayak di Sungai Nenggiri, Kelantan. Pasukan Xtreme Team kali ini di ketuai oleh Mat Usop & Tiger. Berkayak menyusur Sungai Nenggiri telah menguji minda peserta dan kami sendiri selaku pihak penganjur. Kepenatan menongkah dan melawan arus menjadi kenangan bagi setiap peserta yang turut serta.

Kami memanjangkan lagi cabaran kami dengan mencuba aktiviti 4X4. Kesempatan mengikuti aktiviti 4X4 ke Gua Musang bagi membantu menghulurkan bantuan makanan kepada kaum orang asli di Gua Musang. Meredah laluan 4x4 yang sukar di Ulu Slim Perak. Ini merupakan cabang baru yang cuba diterokai oleh Xtreme Team. Mungkin buat masa kini halangan kami adalah dari factor pengangkutan kerana hanya 2 orang dari committee kami yang mempunyai kenderaan pacuan 4 roda tapi ini tidak melemahkan semangat ingin mencuba kami. Siapa tahu di masa akan datang kami mampu menambahkan lagi bilangan kenderaan pacuan 4 roda kami.

Ini adalah di antara coretan dan paparan yang telah kami lalui. Inilah dunia kami. Perjalanan kami masih jauh. Masih banyak lagi ruang, tempat dan hutan untuk kami terokai. Misteri alam masih belum kami rungkaikan. Masih banyak yang kami perlu pelajari.

Sepanjang penubuhan Xtreme Team sudah hampir 50 lokasi yang kami singgahi. Setiap lokasi mempunyai kenangan dan misteri yang tersendiri. Xtreme Team juga merupakan tempat pertemuan Adam & Hawa yang seterusnya membawa ke gerbang perkahwinan. Di Xtreme Team kami menyaksikan segalanya, pertemuan & perpisahan.

Walaupun kini Hang Along sudah pergi meninggalkan kami untuk kembali kepada penciptaNYA. Namun perjuangan Hang Along tetap kami teruskan. Walaupun ada juga di antara kami sudah pun ‘berehat ‘ tapi doa kami yang ‘berehat’ panjang ini sentiasa mengiringi perjalanan Xtreme Team. Semoga kawan-kawan di Xtreme Team dapat meneruskan perjuangan ini dan jangan berhenti berkayoh.

Saya sendiri, yang sudah hampir 4 tahun berehat sentiasa memberi sokongan kepada yang masih gagah di Xtreme Team. Berehat bukan bererti berhenti buat selama-lamanya tapi masa yang masih tidak mengizinkan untuk saya kembali menggalas beg, mendaki bukit, menggerah keringat. Hanya masa yang akan menentukan.

Namun itu, sokongan semua amatlah kami alu-alukan. Seperti mana anda memberi sokongan kepada kami satu ketika dahulu maka sokonglah kami kini. Kerana tanpa sokongan semua kami tidak dapat berdiri seperti dahulu lagi. Marilah kita bersama-sama menikmati keindahan bumi ciptaan ALLAH swt selagi mata ini masih terbuka.



Salam takzim dari saya, Yeen Hashim mewakili seluruh warga Xtreme Team – PTI.

10 February, 2008

Jelawang 2008 : warm-up trip

Get away from the hustle and bustle of the city.
Give yourself a well deserved nature vacation now !
Explore the highest seven tier waterfall in South East Asia.

JELAWANG WATERFALL
22 - 24 February 2008


Package Includes :
Transportation from KL Central - Dabong - KL Central
1 Breakfast, 2 lunch & 1 Dinner
Back to Basic accommodation (Tent)
Camping Equipment
Experience Guide
Group Insurance

RM209.00
For registration please call or sms
Hisham @ Tiger 019 361 4188
Shaz 019 253 9988



Register Now !!!
Closing Date : 15 February 2008


* Would really appreciate if you could confirm your participation with us before the closing date to avoid disappointment. Payment via Maybank a/c of Nur Shazzura bt Mohamed Zamberi
~ A/c # : 1144 9600 8881




XTVT 2008

Salam………………….
Hello………………………..
Calling for all xtremers!!!

Hmmm….. rindukan kedamaian hutan dan air terjun?
Atau teringatkan kehangatan unggun api?
Atau semakin bosan di hujung minggu?
Jangan risau..kami KEMBALI untuk mengadakan "sesuatu" untuk anda.


Tersenarai di bawah adalah cadangan xtvt Xtreme sepanjang tahun 2008 :


Jan

  • -

Feb

  • 22-24 : Warm-up trip - Air Terjun Jelawang


Mac

  • 22-23 : Air Terjun Chemerong


April

  • 12-13 : Air Terjun Pelangi
  • 26-27 : Candat Sotong


May

  • 1-4 : Taman Negara Endau Rompin (Kg. Peta)
  • 24-25 : Air Terjun Chamang


Jun

  • 21-22 : Taman Negara Kuala Tahan - Lata Berkoh
  • 7-8 : Air Terjun Chilling

Jul

  • 11-13 : Taman Negara Endau Rompin (Selai)
    (Air Terjun 7 Tingkat e.g Takah Pandan/Takah Tinggi dll)
  • 26-27 : Air Terjun Jerangkang


Aug/Sep

  • 29-2 : Belum (to be confirmed later)


Oct

  • 10-12 : Gunung Ledang

Nov

  • 8-9 : Air Terjun Berkelah
  • 22-23 : Memancing di Kelong Pulau Ketam


Dec

  • 13-14 : Taman Negara Tg. Piai – jelajah bakau dan Pulau Kukup

    Apalagi................ Keluarkan semula kasut trekking yg sudah berabuk dalam gerobok tuh!
    Turunkan beg-pack yg tergantung lama tuh!

Let's burn some fats and calories! ADA BERANI???


Wasalam,
Shaz on behalf of Xtreme team

Welcome Notes

Welcome to XtremeTeam-PTI (poyo tak ingat).

Come and share our passion.
Come and learn with us about nature.


We are nobody special.
We are just a normal people who loves outdoor activities.
You just wouldn’t believe how calm and peaceful your soul will be when you smell the freshness of our forest or hear the sounds of the fauna or gasp with awe at our beautiful waterfall. We are proud to have you with us, exploring, sharing and changing ideas.


Let's learn and have fun together!